Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, August 28, 2015

DIY - Pintu proton wira jem

Hari ni nak kongsi sikit bagaimana nak repair pintu proton wira yang rosak.

Apa yang rosak?
disebalik cover pintu. kerja lebih mudah bila boleh buka cover ni.


Pintu sebelah driver tak boleh buka. Nak buka dari luar pakai kunci tak boleh, nak buka dari dalam pun tak boleh. Pendek kata kalau nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu lain. 

Punca kerosakan adalah disebabkan ada satu spring pada mekanikal kunci dalam (inner lock) dah patah. Sebab itu pintu ini tidak berfungsi. Maklumlah kereta antik..haha

gambar sebelum inner lock di buka. 
ruangan yang sempit. 


Bagaimana nak tukar spring yang berada dalam pintu jika pintu tak boleh buka langsung?
Kerja ini agak susah dan mencabar sikit.
Lebih susah sebab dalam pintu ini dah dipasang dengan anti theft bracket (braket besi untuk melindungi inner lock daripada senang dibuka).

besi tu adalah 'safety bracket' yang dipasang untuk cover inner lock. setiap pintu ada satu keping bracket besi ini. kena buka dia dulu baru boleh buka inner lock. kerja susah juga ni..berpeluh juga nak mengerjakan dia..haha.



nampak tak spring hitam tu?? kedai spare part tak jual spring tu sahaja.
dia datang dlm satu set inner lock berharga RM35 termasuk GST.

gambar atas tu, inner lock original, tapak panjang sebab dia attach sekali dengan central lock switch. masih ok.
gambar yang bawah tu, inner lock baru beli kat spare part. aku ambik spring sahaja sebab banyak kerja nak modified....hehe

12 responds:

Muhamad Amirul Rasyiddin Mat Isa said...

Salam, wayar besi dekat lock tu ada jual kat sparepart x?

madeeaziz said...

xde..dia jual satu set lock tu..

Unknown said...

Mcm mane klu nk bukak pintu dr luar tak boleh bila guna kunci..apa rosak die..

Umiadam said...

Terima kasih perkongsian ini

Anonymous said...

salam boleh tahu x dekat kedai mana yang baiki untuk inner lock ni?? kereta saya pun inner lock rosak (kelisa) kena buka ikut pintu lain..baru ni ada tanya kat 1 kedai cina ni kos inner lock ni dalam rm100 ++..mahal ke murah tu?sebab x penah buat.. tq!

azmi adam said...

As salam.pintu wira antik saya belah kanan dah 2 kali tukar.mmg tkleh buka dari dalam luar.mula2 hantar kedai cina kopak sana sini..then pi kedai melayu aik sama je..punca tu la spring dia.Nak tanya camna nak buka pintu tu sebelum tukar part tu,jenuh saya dok cungkil2 tak boleh..kalau dah buka senang sikit.

Mohd Faizal said...

boleh tak bagitau repair pintu ni kat kedai mana. kalau ada no hp kedai tuu sekali lagi cantik. kereta wira saya dua dua pintu daj jem ..huhuu

mad aziz said...

mana2 kedai repair kete boleh buat...tp sy buat sendiri jaa...

Suhaila Mahmod said...

Assalam nk tanya klu pintu driver x leh bukak dr dlm tp dr luar bleh bukak tu ape rosaknye ek? Agak2 brp kos repair ye? Time kasih...

madeeaziz said...

@suhaila, selalunya klu pintu kete xleh bukak, spring dlm tu dh tercabut...atau patah...bleh pegi kedai aksesori kete, kos repair bwh RM100

madeeaziz said...

klu nk respon cepat ttg post ni, boleh wasap saya kat http://wasap.my/601128802694

Suhaila Mahmod said...

Tq byk en @madeeaziz 😊😊😊

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats