DIY - cara buka pintu proton wira jem kunci rosak
Hari ni nak kongsi sikit bagaimana nak repair pintu proton wira yang rosak.
Apa yang rosak?
Pintu sebelah driver tak boleh buka. Nak buka dari luar pakai kunci tak boleh, nak buka dari dalam pun tak boleh. Pendek kata kalau nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu lain.
Punca kerosakan adalah disebabkan ada satu spring pada mekanikal kunci dalam (inner lock) dah patah. Sebab itu pintu ini tidak berfungsi. Maklumlah kereta antik..haha
gambar sebelum inner lock di buka.
ruangan yang sempit.
Bagaimana nak tukar spring yang berada dalam pintu jika pintu tak boleh buka langsung?
Kerja ini agak susah dan mencabar sikit.
Lebih susah sebab dalam pintu ini dah dipasang dengan anti theft bracket (braket besi untuk melindungi inner lock daripada senang dibuka).
Lebih susah sebab dalam pintu ini dah dipasang dengan anti theft bracket (braket besi untuk melindungi inner lock daripada senang dibuka).
besi tu adalah 'safety bracket' yang dipasang untuk cover inner lock. setiap pintu ada satu keping bracket besi ini. kena buka dia dulu baru boleh buka inner lock. kerja susah juga ni..berpeluh juga nak mengerjakan dia..haha.
nampak tak spring hitam tu?? kedai spare part tak jual spring tu sahaja.
dia datang dlm satu set inner lock berharga RM35 termasuk GST.
gambar atas tu, inner lock original, tapak panjang sebab dia attach sekali dengan central lock switch. masih ok.
gambar yang bawah tu, inner lock baru beli kat spare part. aku ambik spring sahaja sebab banyak kerja nak modified....hehe
Updated 2018
Rupanya ramai juga yg ada masalah sama mcm ni...maklumlah kete lama ni..macam2 masalah ada..
Ramai yg bertanya mcmna nk buka pintu yg jem ni....susah jg nk cerita mcmne nk buat..
sy tgh siapkan satu video ni...nti siap sy share dlm youtube.
sementara tu boleh baca2 dlu sini...Ok...ni cara nak buka pintu
1) turunkan cermin tingkap utk memudahkan kerja.
2) keluarkan getah kecik tepi cermin tingkap (cungkil pakai screw driver)
3) Cari besi panjang, cuba tarik @ tolak tempat sy tunjuk tu hingga boleh buka pintu.
25 responds:
Salam, wayar besi dekat lock tu ada jual kat sparepart x?
xde..dia jual satu set lock tu..
Mcm mane klu nk bukak pintu dr luar tak boleh bila guna kunci..apa rosak die..
Terima kasih perkongsian ini
salam boleh tahu x dekat kedai mana yang baiki untuk inner lock ni?? kereta saya pun inner lock rosak (kelisa) kena buka ikut pintu lain..baru ni ada tanya kat 1 kedai cina ni kos inner lock ni dalam rm100 ++..mahal ke murah tu?sebab x penah buat.. tq!
As salam.pintu wira antik saya belah kanan dah 2 kali tukar.mmg tkleh buka dari dalam luar.mula2 hantar kedai cina kopak sana sini..then pi kedai melayu aik sama je..punca tu la spring dia.Nak tanya camna nak buka pintu tu sebelum tukar part tu,jenuh saya dok cungkil2 tak boleh..kalau dah buka senang sikit.
boleh tak bagitau repair pintu ni kat kedai mana. kalau ada no hp kedai tuu sekali lagi cantik. kereta wira saya dua dua pintu daj jem ..huhuu
mana2 kedai repair kete boleh buat...tp sy buat sendiri jaa...
Assalam nk tanya klu pintu driver x leh bukak dr dlm tp dr luar bleh bukak tu ape rosaknye ek? Agak2 brp kos repair ye? Time kasih...
@suhaila, selalunya klu pintu kete xleh bukak, spring dlm tu dh tercabut...atau patah...bleh pegi kedai aksesori kete, kos repair bwh RM100
klu nk respon cepat ttg post ni, boleh wasap saya kat http://wasap.my/601128802694
Tq byk en @madeeaziz 😊😊😊
Adoi..aku tekene lock rm130,pastu bende apetah plastik wrne biru tu rm65 dkat 200kne buat pntu jem je
Boleh tahu macam mana bole buka pintu tu yang rosok, sila tujuk ajar. Terima Kasih
Salam, anti theft bracket tu boleh dpt dkt mana?
Salam, klu dkt jln lumut blkg grand season hotel dorg ada jual spring je siap pasang kt sini.biasa sini port teksi2. Brg pin murah2
Salam pin, sesiapa ada info bengkel yang boleh buat inner lock area KL boleh bagi alamat atau no tel kepada saya, sbb saya tak reti nk repair sendiri. Terima Kasih.
salam siapa taw area shah alam boleh buka pintu kereta jem luar dlm x boleh buka pintu blkg sbelah penumpang.kereta honda civic ek
Dekat shah alam @ klang dekat mana tempat yg murah nak buat ye?kereta sy pon jem pintu xblh bukak luar & dlm
tq tuan madeeaziz..mmg senang bukak guna cara ni...terbaik...utk info spring tu ade jual kat sparepart atau online..hg hanya rm5 sebijik..
saya hanya modify spring yg dah ade kat umah..
tq tuan madeeaziz..mmg senang bukak guna cara ni...terbaik...utk info spring tu ade jual kat sparepart atau online..hg hanya rm5 sebijik..
saya hanya modify spring yg dah ade kat umah..
tq tuan madeeaziz..mmg senang bukak guna cara ni...terbaik...utk info spring tu ade jual kat sparepart atau online..hg hanya rm5 sebijik..
saya hanya modify spring yg dah ade kat umah..
Anda telah menyenangkan kerja I serta jimat ..
Terima kasih bro manyak2!
Kereta I pintu kiri depan dan jam, issue sama. Buka alarm central naik, tetapi pakai kunci ataupun tarik lock gate atas pun x boleh buka pintu. Disebabkan Ketegangan dawai/besi dalaman.
Finally jumpa post ini useful.
Bro tlg begitau car a buka lock
Tapak tu camne nk bukak masuk inner lock yg baru?
Post a Comment