Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, December 20, 2019

major repair aircond kereta perodua alza

Assalamualaikum warganet..

Hari ni nk share sikit pasal aircond kereta perodua Alza.
Kereta keluaran tahun 2011. Auto
Sejak pakai kereta ni, dah 3 kali ada masalah aircond.

Kali ke-1, tahun 2016, magnetic clutch rosak.

Kali ke-2, tahun 2018, cooling coil bocor

Kali ke-3, bulan 6 tahun 2019, motor fan rosak

dan yang terbaru 3 hari lepas baru jadi, compressor rosak.

Ceritanya begini, minggu lepas aku balik Terengganu. Masa balik semua ok.
Cuaca pun baik, tak hujan, tak banjir.

Masa balik semula KL, bertolak dari Kuala Terengganu jam 6ptg, hujan sepanjang jalan daripada Terengganu sampai Karak.  Hujan kadang lebat, kadang renyai2.
Pasang aircond nombor 1 pun sejuk giler. Dah la waktu malam. Bila sejuk sangat, OFF aircond. Bila rasa panas, ON aircond. Begitulah sepanjang perjalanan.

Sampai lebuhraya Karak, lepas terowong Genting Sempah, bau macam tayar hangit. Masa ni aircond pasang. Aku fikir bau hangit tu punca daripada tayar lori yg banyak lalu situ.

Pada masa yang sama, aircond tak berapa sejuk sangat macam biasa. Lepas tol Gombak, aku OFF kan aircond sebab dah tak rasa sejuk sangat. Angin luar lagi sejuk. Aku teruskan perjalanan macam biasa hingga sampai rumah di Seri Kembangan.

Enjin masih hidup, aircond masih OFF, aku keluar dari kereta dan dengar bunyi macam benda bergesel kat compressor aircond. Aku fikir mungkin bearing kat compressor ada masalah.
Bila ON aircond, bunyi tu senyap. Bila OFF bunyi balik. Sah la ada masalah kat situ. Mungkin bau hangit kat highway Karak tadi pasal benda ni sebab bau lebih kurang sama, macam benda terbakar.
Nampak kat tepi pulley compressor ada macam ada habuk besi. Aku fikir, memang bearing problem.
Minyak compressor nampak masih jernih (tengok kat cermin kecik piping aircond).



Esoknya pergi kedai sparepart, beli satu set magnet clutch compressor (bearing tu ada sekali). Harga RM140. Pomen ambik upah pasang, tukar gas, tambah minyak,  RM150.


Lepas siap pasang & test aircond, bunyi agak kasar daripada biasa. Pomen beritahu punca bearing rosak sebab ada masalah dengan compressor. Masa buka piping aircond, katanya minyak compressor kering (tak nampak pula kesan minyak bocor). Bila takde minyak, compressor panas dan akan effect pada bearing. Jadi pomen tu recommend tukar compressor baru. Memang bunyi kuat dan gegar bila ON aircond.

"Bos, berapa RM pulak kos tukar compressor ?". Aku tanya dia.

"RM850, compressor baru, China brand. RM580 recond, warranty 2 bulan, itu magnet i pakai balik u punya lama. Kalau original Denso, seribu lebih, takda warranty". Kata pomen tokey kedai.

Aduyaii...keras jugak harga dia. Kalau buat ni, lari bajet. Aku cuba fikir macamana nak kurangkan kos. Aku bgtau pomen, tak payah buat lagi. Takde bajet. Tunggu ada bajet, baru buat...huhahuha

Pomen tu bgtau, boleh tapi jangan jalan jauh pasang aircond, nanti takut jem, kena towing lagi susah. Masa tu tak perasan minyak aircond masih jernih atau hitam.
Lepas tukar magnet clutch tu, 3 hari aku tak pasang aircond sebab takut comperssor jem. Tapi semalam, aku perasan minyak compressor nampak macam hitam (tengok kat cermin piping).

Aku survey harga compressor, harga paling murah RM450 (china brand). Recond (RM400). Original denso (RM780). Lepas fikir panjang, aku beli compressor, filter & valve (RM540). Sepatutnya tak perlu aku beli valve & filter, tapi sebab nampak minyak dah hitam, aku beli juga untuk standby. Mungkin kena tukar juga.  Sebelum beli semua tu, aku ada tanya pomen, kos pasang RM200 dia ambil.



Oleh sebab pentingnya ada aircond kereta, terpaksa la kena buat. Tapi.....

Bila dah hantar semula ke pomen, selepas checking, memang sah minyak compressor dah hitam. Inilah yang paling ditakuti...Tak boleh buat apa kena buka semua piping & cuci. dan kena tukar condenser baru, cooling coil baru, piping baru. Aduyaiii..lagi parah macam ni...banyak kos kena keluar..ribu-ribu dah macam ni..Betul lah orang ramai cakap, kalau aircond problem, kena standby duit banyak untuk repair.



Berapa kos ???

Selepas dikira dan di runding harga, semua sekali RM1200 (upah & tukar sparepart). Keras betul harga dia. Tak apa lah, nak buat macam mana, benda dah jadi. mau atau tidak, kena repair juga. Kereta nak masuk 9 tahun, memang akan banyak masalah.


Kereta masih di bengkel, dalam proses repair. Harap lepas ni, sejuk beku lah aircond kereta. Harap aircond tahan lama.
Selepas pasang semua komponen aircond. Bunyi pun smooth.


Kos keseluruhan..Rabakkk poket aku..

1) magnetic clutch 1 set OEM - RM140 (beli spare part)
2) upah pasang - RM150
3) compressor OEM, expanson valve denso, filter - RM540 (beli spare part)
4) upah tukar condenser OEM, cooling coil APM, hose, cuci piping - RM1200.


Nota:
Sambil repair aircond, pomen tu cerita pasal Cash Oil. Minyak engine Made in Singapore. Beli minyak dapat duit katanya..ada sapa-sapa pernah dengar tentang minyak Cash Oil ni ?

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats